Hope You Still Remember Me...

aku harap aku boleh mengawal masa, aku harap boleh kembali semula pada masa itu, aku harap dan berharap masa akan berulang kembali time kali pertama aku bertemunya di surau... aku masih teringat akan seorang insan ini yang bernama Amirul Asyraf, dia telah pergi ke MRSM 13February2013...

aku masih ingat akan ayat persoalannya yang pertama, waktu first time dia menegur aku pada 12January
"Syiddiq, jadi senior aku, boleh?" *dalam hati buat aku tertanya* macam mana dia boleh tau dia tercalon sebagai pengawas pelatih? cepatnya cikgu umumkan nama yang tercalon? yang paling penting, macam mana dia tau nama aku? sedangkan aku langsung tidak pernah nampak malahan mengenalinya lagi sebelum ini...

apa yang aku nampak masa itu dia sangat tersangatlah comel, apatah lagi suara dia comel gile2 babi, boleh dikatakan dia lagi comel dari budak-budak darjah1 laa... tapi malangnya dia tidak boleh menjadi perantis aku sebab dia tak boleh balik lambat untuk tolong aku kunci blok. tengok tu gambarr dia pon dah menunjukkan dia comel!


selepas beberapa hari berbual-bual and bergelak ketawa dengan dia, aku kerap cubit pipi dia walau di mana sekalipun dia berada (masa aku jumpa dia jelah). dia bertambah comel bila dikenakan dengan pakaian tradisional melayu berserta songkok diatas kepalanya, time ada Sambutan Maulidur Rasul kat sekolah kitorang.

tetapi masa tidak menybelahi aku, sayang seribu kali sayang, tidak sampai sebulan aku dapat cubit pipi dia dan lebih mengenalinya, dia telah pergi meneruskan pembelajarannya di MRSM Perak. 7Februari pukul 7:01p.m. untuk kali terakhirnya aku cubit pipinya kuat2 sebelum dia pergi meninggalkan sekolah SP.

aku sedar dan aku tau yang setiap pertemuan pasti di situ juga ada perpisahan, dan aku tau yang diri aku ini hanya mampu merancang tapi yang menentukannya adalah Allah...

No comments:

Post a Comment